Skip to main content

5 Tahun Sebelum Bersara, Part 1: Apa Persediaan Yang Perlu Dilakukan?

 


Apa itu Persaraan?

Persaraan adalah bukan satu perkara yang mudah untuk dibincangkan. Persaraan secara total bermaksud anda telah tiada pendapatan aktif, dan hanya menghabiskan sisa-sisa hidup. 

Namun kini terdapat pelbagai perspektif dan situasi tentang persaraan. 

Ada orang diwajibkan bersara oleh majikan mereka sejurus mencapai polisi had umur pekerja di syarikat tersebut. 

Namun ada syarikat-syarikat yang memberi peluang pekerjaan kepada bekas pekerja untuk mengambil kontrak perkhidmatan selepas bersara kerana kepakaran dan kemahiran mereka.

Ada juga yang terpaksa bersara lebih awal kerana berlaku Voluntary Seperation Scheme (VSS) atau Retrenchment atas faktor-faktor yang tertentu, dan mereka tidak berniat untuk bekerja lagi.

Bagi seorang usahawan pula, mereka mungkin berfikiran persaraan total bukanlah di dalam minda, disebabkan mereka masih mampu untuk membangunkan syarikat sendiri.

Oleh sebab itu, setiap orang mempunyai tanggapan berbeza tentang persaraan, dan di dalam buku Mitch Antony dan Paul Armson bertajuk "Life Centered Financial Planning: How to Deliver Value That Will Never Be Undervalued" ada menerangkan tentang persaraan dengan lebih terperinci tentang empat fokus asas apabila memasuki fasa persaraan: 

  1. Leisure: aktiviti sukan, hobi, travel, etc
  2. Connecting: keluarga, rakan, kumpulan sosial, organisasi, etc 
  3. Renewing: sifat fizikal, intelektual, atau rohani, dan mungkin terlibat di dalam kelas, kursus, melakukan misi, etc.
  4. Work: kerja sukarelawan, etc

Pokok pangkalnya, anda perlu tahu apakah lifestyle yang anda inginkan terlebih dahulu di waktu persaraan kelak supaya hidup akan jadi lebih bermakna.

Jadi bagaimana anda boleh bersedia 5 tahun daripada sekarang?

Langkah Pertama: Buat Pelan Kewangan Holistik

Kita hanya berbincang mengenai persaraan sahaja, namun kita patut sedar realitinya berbeza.

Anak-anak semakin membesar dan ingin melanjutkan pelajaran ke universiti dalam atau luar negara. Bagaimana education funding mereka?

Ibu bapa pula semakin meningkat usia dan perlukan rawatan kesihatan. Bagaimana dengan medical expenses mereka?

Kita ingin melancong ke serata dunia, menunaikan umrah dan haji. Bagaimana dengan lifestyle funding kita?

Semua itu perlukan duit, dan sekiranya anda sudahpun bersara dan tiada pendapatan aktif, bagaimana aset anda boleh membantu membiayai setiap target-target ini secara lebih teratur?

Sebagai analogi yang mudah menggunakan aplikasi GPS seperti Waze, jika anda ingin pergi ke sesuatu tempat (point B):
  • Anda harus tahu di mana anda sekarang (Point A)
  • Apakah route option yang ada (Best to Worst Option)
  • Apakah route yang lebih cepat dan selamat untuk tiba ke destinasi (Optimal Option)
Walaupun kita mungkin tidak tahu jika ada sekatan jalanraya mengejut atau kemalangan jalaraya yang baru terjadi di Optimal Option Route yang kita lalui, sekurangnya ada garis panduan untuk dirujuk dan jika perlu untuk menukar laluan yang lebih sesuai dan selamat.

Itulah Holistic Financial Planning.

Contoh situasi seperti di bawah:
  • Ali - 50 tahun, dan ingin bersara umu 60
  • Isteri Ali - 49 tahun, dan ingin bersara umur 60
  • Mempunyai 2 orang anak berumur 22 dan 18 tahun, dan ingin membiayai pendidikan universiti di luar negara untuk anak keduanya bernilai RM300,000
  • Pendapatan tahunan Ali sebanyak RM120,000 dan isterinya RM100,000
  • Mereka berbelanja sebanyak RM120,000 setahun
  • Berharap harta mereka dapat bertahan sekurangnya umur 85 
  • Ali dan isteri mempunyai harta seperti berikut:
    • Rumah kediaman - RM600,000 dan baki hutang RM200,000
    • Unit Trust - RM30,000
    • Simpanan bank, ASB dan Tabung Haji - RM300,000
    • EPF - RM500,000 (Ali), RM350,000 (Isteri Ali)
Berdasarkan situasi di atas melalui sistem yang dipelopori oleh Yap Ming Hui, seorang pakar penasihat bertauliah di Whitman Independent Advisors Sdn Bhd, kita dapat simpulkan bahawa Current Holistic Financial Plan Ali dan isterinya adalah seperti berikut:


Kita boleh lihat melalui Net Worth Projection Chart di atas, harta Ali dan isterinya hanya mampu bertahan sehingga umur 73 sahaja atas pelbagai faktor seperti inflasi, lifestyle etc.

Bagaimana jika Ali diberikan rezeki umur yang panjang sehingga 90 tahun?

Oleh sebab itu, setiap orang mempunyai kedudukan kewangan dan matlamat yang tersendiri dan kita harus pastikan yang pelan holistik menepati situasi dan keadaan kewangan kita.

Saya sarankan untuk anda mendapatkan nasihat melalui Independent Financial Advisor (IFA) bagi mendapatkan gambaran keseluruhan tentang kewangan anda, dan juga mereka boleh menjadi pembangkang atau check and balance segala keputusan yang anda ingin buat berdasarkan kepada holistic financial plan anda.

Bertindak segera!

Comments

Popular posts from this blog

5 Soalan Persediaan Persaraan

Malaysia Menuju Kepada Penuaan Penduduk? (Ageing Population) Golongan pesara adalah salah satu kumpulan yang penting untuk pembangunan Malaysia kerana kita bakal menyaksikan peningkatan jumlah penuaan penduduknya. Menurut data  Jabatan Perangkaan Malaysia , mereka yang berumur 65 tahun atau lebih dijangka akan mencapai lebih dari 7% penduduk pada tahun 2020.  "Dianggarkan pada tahun 2044, mungkin ada 14% populasi dalam kelompok usia ini, menjadikan Malaysia sebagai masyarakat yang sudah tua," kata Ketua Pegawai Eksekutif Financial Planning Association Malaysia (FPAM),  Linnet Lee . Berdasarkan statistik di atas, setiap bakal pesara seharusnya mula merancang dari saat ini bagaimana untuk mengelakkan diri dari risiko-risiko kewangan yang tidak diingini. Namun sesuatu perancangan bukanlah semudah yang disangka jika kekurangan ilmu, masa dan keinginan yang mendalam untuk mengurus kewangan kita.   Bakal Pesara Mudah Terdedah Kepada "Scam" Saban hari kita mengetahui darip

Boleh saya bersara lebih awal?

Kerap kali saya diajukan soalan sebegini daripada klien-klien saya. Bukan apa, sebab mereka telah penat bekerja sampai satu masa ingin melalui fasa ketenangan. Ya, mereka ingin bersara lebih awal dari yang sepatutnya sebab ingin merasai nikmat kebebasan. Bebas dari stress di tempat kerja. Bebas dari persekitaran yang menggugat kesihatan. Mencari ketenangan dengan memperbanyakkan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan. Ada juga yang ingin menceburi bidang perniagaan. Saya juga sering berfikir mengenai perkara ini. Apa itu persaraan? Persaraan bermaksud kita tidak lagi mempunyai pendapatan aktif. Persaraan juga bermaksud kita hanya akan "potong bukit" simpanan wang dan aset kita. Bagaimana pula persaraan lebih awal? Soalan ini bukanlah perkara yang mudah untuk dijawab. Kita perlu melihat dari segenap aspek kewangan contohnya: Perbelanjaan selepas bersara. Keadaan aset dan pelaburan. Hutang-hutang. Banyak yang bermain di fikiran walaupun terbentang  Excel spreadsheet  di depan ma

Berapa jumlah simpanan kecemasan yang relevan?

Simpanan kecemasan ataupun cash reserves  memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang. Ia mencerminkan keupayaan kewangan anda dalam menangani situasi yang tidak dapat dikawal contohnya jika anda dikenakan VSS atau MSS oleh majikan, ekonomi negara atau global yang suram, kewangan bisnes yang sedang goyah, dan pelbagai lagi situasi. Di laman web Investopedia menyatakan bahawa  cash reserves merujuk kepada wang yang disimpan oleh individu untuk memenuhi keperluan dana jangka pendek dan ketika diwaktu kecemasan. Mengapa perlunya cash reserves ini? Mengelak anda dari terjerat masalah kewangan Supaya anda tidak menjual pelaburan sedia ada di dalam kerugian Tidak menyimpan terlalu banyak di dalam bank yang tidak mengatasi inflasi  Di Whitman, kami ada beberapa elemen yang perlu dititikberatkan kepada klien-klien di dalam cash reserves ini dimana anda perlu mengetahui 3 aspek penting: Living expenses Children's education funding Essential funding Living expenses merujuk kepada